Wednesday 12 October 2011

Bila Tiba Waktunya


Kematian,
Di saat ku seru namaMu,
Terasa menggigil diri ini menunggu saatnya,
Detiknya tidak ku ketahui,
Bila-bila masa yang tidak ku jangka.
Kematian,
Setiap insan gerun menantinya,
Hanya amal senipis kulit bawang,
Mampukah menggapai kebahagiaan,
Mampukah mendapat syurgaMu.
Kematian,
Di dunia hidup penuh noda,
Di selubungi kemaksiatan,
Tidak di jaga ikhtilat lelaki dan perempuan,
hanya penuh dengan nafsu amaratu bissu\'.
Kematian,
Kian hampir tanpa di duga,
Mmalaikat izrail datang memanggil,
Nafas terakhir untuk di hembuskan,
Bersedialah melangkah alam barzakh,
Pertimbangan amal menuju syurga atau neraka.
Taubat nasuha memohon penghapusan dosa,
Buat hambaMu yang berdosa,
Moga syurgaNya destinasi ku,
Impian manusia ciptaanNya.

Sunday 9 October 2011

USRAH REMAJA DI UNITI


USRAH REMAJA DI UNITI



Potensi remaja amat penting untuk digarap bagi melonjakkan pembangunan ummah masa depan. Membangunkan remaja memerlukan kesungguhan dan keterbukaan bagi membolehkan spiritual, emosi, mental dan fizikal terbangun dengan bersepadu dan utuh. Usrah Remaja atau Teen Circle menyediakan wahana buat para remaja membina kekuatan yang tersimpan dan memulihkan keresahan jiwa dan mental agar diri remaja mampu menjadi insan yang bukan sahaja hebat peribadinya bahkan unggul baktinya kepada manusia…
Saya tertarik dengan cara adik Roslan,Usrah telah ditubuhkan di UNITI oleh adik roslan dengan yuran sebanyak rm1.Usrah di Uniti dilakukan seminngu sekali di mana Adik Roslan selaku ketua kami membuat perbincangan tentang ilmu agama islam,ia dilakukan selepas solat isyak di surau lelaki.Semoga Usrah ini akan terus berjalan dengan baik dan seterusnya menyebarkan dakwah islam kepada orang islam yang belum mengenali islam,oleh itu dengan adanya PENUBUHAN USRAH di UNITI dapat meningkatkan lagi amal kita Insyallah..

panji-panji islam


PANJI PANJI ISLAM

Negara Islam sememangnya mempunyai bendera (al-liwa’) dan juga panji (ar-rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam semasa tegaknya Daulah Islamiyyah pertama di Madinah al-Munawwarah. Secara bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut 'alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiyaar-rayah adalah al-'alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai rayaat. Juga disebutkan dari akar kata lawiyabahawa al-liwa' adalah al-'alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai alwiyah. Secara syar’i, syara’ telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu iaitu:- 

(1) 
Bendera (Liwa'): adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan,"Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, "Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’.

Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh 
amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al) Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagaiamir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Dari Jabir, "Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa') berwarna putih." [HR Ibnu Majah]. An-Nasa'i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.

2) 
Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada DivisionBatalion,Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, "Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari]. Saidina Alikarramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.

Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, 
"Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?" Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan." 

Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz, 
"Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu aku bertanya: "Ada apa dengan orang-orang itu?" Mereka menjawab: "Beliau Sallallahu ‘alaihi wa Sallam akan mengirim Amru Bin Ash ke suatu tempat." 
Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas, "Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam." Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.

Wahai kaum Muslimin! Itulah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat. Kalimah yang para pendahulu kita telah syahid kerana mempertahankannya. Dan kalimah inilah yang akan kita ucapkan di kala Izrail datang menjemput. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang akan menyelamatkan kita dari azab Allah di akhirat nanti. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.....kalimah ”
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”!. 


Saturday 8 October 2011

ISLAM DI UNITI



assalamualaikum..........alhamdullilah sampai sekarang kita masih diberi peluang lagi,dapat bernafas,menghirup udara yang segar d uniti,kita masih boleh berjalan,pacaindera kita masih boleh berfungsi dengan sepenuhnya,oleh itu kita harus la bersyukur di atas segala nikmat yg allah beri pada kita,dalam dunia ne kan bnyak lagi yang kita perlu pelajari..dalam menempuh konteks cabaran hidup ne,saya terpanggil seketika untuk menyampaikan satu takzirah untuk semua sahabat saya.saya sedar diri saya ne hanya manusia biasa,saya sedar dan tau,bahawa saya ini bukn la seorg ulama,atau golongan ustaz dan org agamawan,tetapi saya terpanggil untuk menyampaikan satu berita tentang sejauh mana iman kita...??
saya ambil cebisan hadis Rasulullah SAW yg menyatakan bahawa ..apabila kita mati..tiada apa yg dapat menolong kita..bukan harta yg kita kumpulkan sepanjang hayat..tetapi doa2 anak yg soleh yg kita tinggalkan dan amalan2 soleh atau ilmu2 yg kita kongsi2kan kepada sesiapa yg mempergunakan ilmu itu utk kebaikan..insyaAllah...

Hadith : (Amalan Baik Yang Kekal Menemani Mayat)
Daripada Anas r.a daripada rasulullah s.a.w sabdanya, “ Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya”.
Riwayat al-Bukhari dan muslim

maka saya nak tanya korang semua sejauh mana suda ka amalan kita?...sudah cukup ka??fikir fikir kan la,mcm nak tingkatkan iman,buat la perkara yang wajib spt solat fardhu insyallah bila anda solat anda akan rasa kemanisan iman itu dlm diri..sentiasa MUHASABAH DIRI selalu,klu boleh tanya diri sendiri setiap hari "hari ne apa yang saya lakukan "??... insyallah ye sampai c ne ja yang saya boleh smpaikan just sekadar renung renungan,mana yang buruk datang dari saya sendiri,yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T......1ST LOVE ALLAH S.W.T......